NUR SYASYAARWIN BT MUHAMAD ( 17DHK14F1112)
LAWATAN KE MUZIUM NEGARA
PENGENALAN
Program lawatan ke Muzium Negara pada 26hb Ogos oleh Jabatan Pelancongan & Hospitaliti, Diploma Hotel dan Katering ( DHK1C) ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar menimba pengetahuan dan pengalaman disamping melawat dan melihat sendiri barang-barang bersejarah yang ada dalam negara kita Malaysia. Lawatan ini juga merupakan salah satu kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. Para pelajar memperoleh pengetahuan melalui pembelajaran masteri yang mana ia merupakan satu kaedah yang berkesan dalam menyalurkan maklumat kepada para pelajar.
OBJEKTIF
- Menimba ilmu pengetahuan
- Menambah pengalaman pelajar dalam menjalankan program lawatan sambil belajar
- Mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar
- Memupuk semangat kerjasama sesama pelajar
- Pensyarah
- Pegawai Muzium
Pn. Fadhliatun Bt Azmi
ATURCARA PROGRAM
Masa
|
Aktiviti
|
6:30 A.M
|
·
Berkumpul di Anjung Pesona
·
Sarapan pagi
|
7:00 A.M
|
·
Bertolak dari Politeknik Sultan Idris Shah,
Sabak Bernam
|
10:00 A.M
|
·
Tiba di Muzium Negara, Kuala Lumpur
·
Taklimat ringkas serta penerangan oleh Encik
Badrul Hisham dan Puan Fadhliatun Bt Azmi
|
12:00 P.M
|
·
Sumbangan cenderahati kepada “Tour Guide”,
Encik Badrul Hisham dan Puan Fadhliatun Bt Azmi
·
Sesi fotografi
|
12:30 P.M
|
·
Makan Tengah Hari
|
1:30 P.M
|
·
Berangkat pulang ke Politeknik Sultan Idris
Shah
|
5:.00 P.M
|
·
Tiba di Politeknik Sultan Idris Shah
|
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, para pelajar dapat serba sebanyak menambah ilmu pengetahuan mengenai negara Malaysia. Selain itu, pelajar juga berpeluang mencari pengalaman lawatan sambil belajar bersama rakan-rakan selain dapat mengeratkan silaturrahim dan kerjasama antara pelajar.